Pesanan Ikhlas
Andai seseorang yang tak dikenali minta untuk diambil gambarnya; janganlah hampakan permintaan itu. Mungkin itu adalah gambar terakhirnya.



Langkah 1

  • Setkan 'shutter speed' kepada empat (4) saat. Ianya cukup untuk merakamkan pergerakan dari kepala hingga ekor bunga api.
  • Setkan ISO kepada 100. Setkan juga 'aperture' kepada f11.
  • Setkan 'white balance' kepada 5300K.
  • Setkan jumlah dedahan kepada -1.0 EV.
  • Setkan juga : Color-Vivid, Saturation-High, Contrast-Hard. Bertujuan untuk menonjolkan warna foto.
  • Setkan juga : Sharpness-Soft.

Langkah 2

Penggunaan 'shutter speed' yang rendah kebiasaannya untuk merakamkan aksi bunga api memerlukan kamera berada dalam kedudukan yang statik. Dalam situasi begini, penggunaan 'tripod' amat digalakkan.

Walau bagaimana pun, sekiranya tiada 'tripod' ketika itu, anda boleh meletakkan kamera di atas satu permukaan yang tidak bergerak seperti tembok, di atas beg, atau di atas tanah.

Langkah 3 (Tambahan / Digalakkan)

  • Sebolehnya, pastikan arah tiupan angin datang dari belakang kamera menghala ke arah persembahan bunga api bagi mengelak rakaman anda dilutupi asap yang dihasilkan oleh bunga api tersebut.
  • Pastikan anda membawa lampu suluh kecil. Ia amat diperlukan ketika menukar kad memori atau bateri dalam keadaan malam yang gelap.
  • Untuk mengelakkan pergerakan kamera ketika menekan butang 'shutter', penggunaan 'self timer' dan 'remote' amat digalakkan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya::
"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia."
(Sahih Muslim)

Dari Abu Darda r.a katanya Rasullullah S.A.W bersabda:
"Orang-orang yang suka mengutuk tidak dapat memberi syafaat dan memberi kesaksian pada hari kiamat".
(Sahih Muslim)

1716599
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lalu
Sejak 05.03.2017
689
544
6260
3430
22735
1716599

IP Anda : 216.73.216.9
05-04-2026 18:21

Galeri Peristiwa

Catatan Fotografer

Pengetahuan Am

Go to top